top of page

2017

Kunjungan EM London

November 22, 2017

Pihak EM-London membuat kunjungan rasmi untuk bertemu dengan MASNL pada 23 November 2017 bertempat di Kedutaan Malaysia di Den Hague.

Majlis Akademik anjuran Vereniging Nederland-Maleisië

November 08, 2017

Pada 9 November 2017, MAS-NL telah dijemput untuk memberi pembentangan dalam Majlis Akademik yang dianjurkan oleh pihak Vereniging Nederland-Maleisië. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung di Academiegebouw, Leiden.

Majlis makan malam bersama Tok Pa

October 18, 2017

Majlis makan malam bersama Menteri daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed telah berlangsung pada 19 Oktober 2017 bertempat di Hotel Hilton, Amsterdam.

Pertandingan Fotografi Kemerdekaan

August 30, 2017

Pertandingan fotografi kemerdekaan telah diadakan buat julung-julung kalinya bersempena hari kemerdekaan pada tahun 2018. 

Riang Raya Aidilfitri 2017

July 07, 2017

Acara tahunan sambutan Hari Raya Aidilfitri MAS-NL telah diadakan di Taman Cantik, Eindhoven pada 8 Julai 2017. Pelbagai aneka juadah seperti satay, lemang, nasi impit, dan ayam panggang telah disediakan secara beramai-ramai. 

ASEAN Games

June 30, 2017

Sukan Asean yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Vietnam telah dilaksanakan dengan jayanya pada 1 Julai 2017, bertempat di Science Park, Amsterdam. 

MERCY Ramadhan

June 21, 2017

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia, MASNL dan kerjasama bersama NGO Unggas Cawangan Kedah dan NGO Rabitah Alumni al Azhar Malaysia, menganjurkan program MERCY Ramadhan pada 20 sehingga 22 Jun 2017 bertempat di Kedah. 

Majlis bersama Tun Dr Abdullah (mantan PM Malaysia)

March 24, 2017

Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi diiringi isteri beliau Tun Jeanne Abdullah dan Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz telah mengadakan perjumpaan bersama beberapa rakyat Malaysia dan pelajar Malaysia di Belanda. Sesi ramah mesra ini diadakan di Kedutaan Malaysia di Den Hague. 

International Mother Languages

February 24, 2017

Kedutaan Bangladesh telah menganjurkan “International Mother Language Day” pada 25 Februari 2017. Acara ini dihadiri oleh pelbagai kedutaan luar negara yang bertempat di Den Hague.

Kunjungan Hormat ke Kedutaan Malaysia di Netherlands

February 22, 2017

Majlis Tertinggi (MT) MAS-NL yang baharu dilantik (sesi 2016/2017) telah berkunjung ke Kedutaan Malaysia ke Belanda pada 23 Februari.

February 17, 2017

Sekalung Tahniah dan Syabas buat Persatuan Warga Malaysia di Belanda (MA-NL) atas kejayaan penganjuran Tahun Baru Cina 2017 baru-baru ini di Malaysia Trade Center Rotterdam, Netherland. 

Mesyuarat Agung MASNL bagi sesi 2017/2018

January 27, 2017

Mesyuarat Agung MAS-NL telah berlangsung dengan jayanya di Lipsius Building, Leiden pada 28 Januari. Mesyuarat ini dihadiri lebih kurang 30 orang ahli MAS-NL.

Please reload

© 2023 by San Alora

Proudly created with Wix.com

Follow us for more updates

  • Wix Facebook page

Web updated: Julai 2018

Visitors:

bottom of page