Subjektifnya sebuah PhD
​
Buat PhD ni bukan semata-mata keperluannya adalah ilmu & kemahiran berkaitan bidang ilmu itu sahaja. Banyak lagi kemahiran lain yg perlu. Terutamanya sabar. Kerana dugaannya datang & pergi tak tentu masa. Diplomasi & toleransi, juga perlu kerana terkadang wujud pelbagai macam keadaan yg berkehendakkan kita berdiplomasi & cuba bertoleransi dgn sesuatu perkara, walaupun kita tidak bersetuju dengannya.
​
Selain itu, PhD juga menuntut kejituan semangat. Terkadang kita berjaya, terkadang kita gagal. Semangat boleh datang & pergi sekejap ketika. Direntap tak tentu hala. Terkadang kita dipuji, terkadang kita dibenci. Kalau tidak cukup jitu, rebah itu sedia menanti.
Senang kata, menyambung pengajian dalam bentuk penyelidikan tidak kira peringkat sarjana atau PhD menuntut pelbagai macam kemahiran lain. Kemahiran menguruskan kehidupan seharian juga penting. Abam tak lupa pesan seorang sahabat, katanya, PhD juga perlukan kemahiran kita mengawal & menguruskan aspek kewangan kita. Memang betul pun.
​
Abam selalu melihat perjalanan setiap org yg menuntut ilmu dlm bentuk penyelidikan sebegini sgt subjektif. Pada abam, perjuangan ini juga amat rapat dengan "rezeki". Setiap perjalanan menuntut ilmu seseorang yg terlibat dengan mode penyelikan adalah sgt abstrak & subjektif sifatnya. Laluan kita, cabaran kita, penyeliaan kita, kemampuan kita, org yg kita berurusan, dan pelbagai lagi adalah berbeza-beza sifatnya. Justeru, tiada kewajaran utk dipukul rata nasib seseorang itu dalam tempoh pengajiannya. Abam yakin, tiada org yg mahu gagal dalam pengajian sebegini setelah berhempas pulas berjuang. Pengakhirannya, pada abam ia adalah sebuah "rezeki" kurniaanNya drp usaha & tawakkal kita.
​
Dua tahun setengah disini, pelbagai pengalaman dirasai. Susah senang jatuh bangun sebenarnya hanya kita sendiri & org terdekat kita yg tahu sebenarnya. Kemampuan kita berbeza, itulah keunikan penciptaan seorang manusia.
Selagi boleh berdiri & terus berjuang, abam pasti setiap org yg menyulusuri laluan pegajian berbentuk penyelidikan ini pastinya akan berjuang sehabis baik utk menyelesaikan tanggungjawab yg diamanahkan. Berjaya atau gagal, bukan kita hakimnya utk menjatuhkan sebab asbab, kerana pada abam pelbagai faktor sekeliling yg bersifat abstrak & subjektif sebenarnya menyelimuti sesebuah keadaan itu.
​
Abam menulis kerana itu yg abam rasakan sekarang. Penguat motivasi bagi abam adalah "keep going" & abam sentiasa berpegang pada "whatever it is life must goes on" dari dahulu lagi. Terkadang semangat kita direntap & diuji dalam pelbagai bentuk cara, kerana itu sebenarnya sebahagian drp proses kita utk matang dlm penyelidikan & membina karakter diri sendiri mungkin. Sememangnya, perjuangan ini sebenarnya banyak membentuk & mempengaruhi perwatakan & identiti seseorang itu selepas ini.
Apepun, sentiasa percaya setiap "rezeki" itu telah ditetapkan Allah. Berusaha, bertawakkal & percaya pada ketentuanNya. Kalau ditakdirkan kita memiliki kejayaan itu, ia pasti akan jadi milik kita. Sekiranya tidak, terimanya sebagai takdir & yakin ada rezeki lain selepas ini.
​
Abam saja menulis panjang menghilangkan pedih mata review beratus-ratus patent ni. Sekadar pandangan abam utk mengingatkan diri sendiri supaya terus kuat semangat & berusaha. Juga utk abam igtkan diri sendiri kalau dah berjaya nanti jgn lupa kisah kesusahan kita & juga kesusahan rakan2 kita yg lain. Juga spy mengingatkan kita jgn sesekali pukul rata atau menilai masalah atau kekangan seseorang tanpa benar2 memahami letak duduk sesebuah keadaan. Abam doakan semoga semua rakan2 yg sedang berjuang dalam pengajian berbentuk penyelidikan ini agar dipermudahkan segalanya.