top of page
DSC_0472
IMG_4710
IMG_4711
DSC_0457
DSC_0427
DSC_0432
IMG_4718
DSC_0396
DSC_0407
DSC_0415
DSC_0397
IMG_4720
IMG_4711
DSC_0388

Majlis makan malam bersama Menteri daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed telah berlangsung pada 19 Oktober 2017 bertempat di Hotel Hilton, Amsterdam. Majis ini dihadiri oleh Rombongan MITI dari Malaysia, Matrade Rotterdam, wakil dari Belanda, wakil daripada MANL,  dan pelajar Malaysia. Duta Besar Malaysia ke Belanda, Dato’ Ahmad Nazri Yusof memulakan majlis dengan mengalu-alukan semua tetamu yang hadir. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada Encik Ishmayel Sulaiman (Bendahari MA-NL), Encik Mohd Zacaery Khalik (Presiden MASNL), dan diakhiri oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed. Majlis makan malam ini dianjurkan oleh MATRADE sebagai penutup kepada Seminar bisnes Trade And Investment Opportunities In Malaysia yang telah dijalankan pada siang harinya. Sebelum semua hadirin berangkat pulang, gambar kenang-kenangan dirakamkan di akhir majlis.  

 

Gambar kredit: Puan Fatma (Matrade Rotterdam) dan saudara Naqiuddin.  

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA TOK PA

© 2023 by San Alora

Proudly created with Wix.com

Follow us for more updates

  • Wix Facebook page

Web updated: Julai 2018

Visitors:

bottom of page