top of page
Tujuan & Matlamat

Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan mewujudkan satu medium untuk memudahkan pelajar Malaysia di Belanda untuk berinteraksi diantara satu sama lain. Matlamat penubuhan persatuan adalah untuk menyatupadukan pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Belanda, menjalankan aktiviti-aktiviti sosial, rekreasi, kebajikan dan kemasyarakatan yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli persatuan, memupuk semangat perpaduan, kemesraan, keharmonian dan toleransi serta mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ahli, menjadi pemudahcara kepada para ahli dalam hal-hal yang berkaitan  dengan urusan pengajian dan kebajikan sepanjang berada di negara ini.

Perutusan Presiden

Assalamualaikum w. b. t.,


Alhamdulillah persatuan kita menginjak umur setahun lagi seiring dengan lancarnya AGM kita yang ke-5 pada 3/2/2018 baru-baru ini. Diharap dengan pertambahan tahun ini maka persatuan kita semakin utuh dan perhubungan sesama ahli semakin akrab secara zahir dan batin. Terima kasih juga diucapkan kepada yang sudi hadir dari jauh dan dekat bagi menjayakan majlis ini. 


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya dan barisan MT yang lain untuk menerukan legasi rakan-rakan terdahulu untuk memacu sebuah keluarga besar pelajar-pelajar Malaysia di Belanda. Amanah ini akan kami akan cuba tunaikan sebaik mungkin untuk mencapai misi dan objektif persatuan kita secara kolektif. Sokongan dan kerjasama ahli-ahli yang lain dari segi idea, tenaga dan masa amat diperlukan untuk menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal dirancang kerana saiz keluarga kita semakin mengecil atas pelbagai faktor. 


Namun kita tidak boleh melupakan matlamat asal kita merantau ke negeri orang ini bersama isteri dan anak-anak yang masih kecil kebanyakannya. Tumpuan utama hendaklah diberikan kepada pengajian masing-masing serta kebajikan keluarga masing-masing dengan harapan pulang bergraduasi dalam tempoh yang dijanjikan. Gunalah persatuan ini sebagai platform untuk berkongsi berita gembira, masalah, lawak jenaka sesama kita untuk meringankan kerinduan kita kepada tanahair tercinta di samping membantu dalam pengajian kita yang terutamanya.
InsyaAllah semoga persatuan kita akan berada terus di landasan yang diredhai-Nya dalam mewarna-warnikan kehidupan kita di bumi kincir angin ini. 


Sekian, terima kasih.



Wan Hasbullah Mohd Isa

Presiden MASNL 2018/2019

© 2023 by San Alora

Proudly created with Wix.com

Follow us for more updates

  • Wix Facebook page

Web updated: Julai 2018

Visitors:

bottom of page