Hari Sukan Negara 2016
October 07, 2016
Pada Sabtu, 8 Oktober 2016, telah berlangsung kejohanan badminton bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2016. Program ini telah dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Netherlands & MANL. Kejohanan badminton ini telah diadakan di Sportcentrum Mariahoeve, Den Haag. Acara ini telah disertai oleh rakyat malaysia yang berada di Netherlands.
May 27, 2016
Satu majlis tahlil & doa selamat sempena menyambut ramadhan yang telah diadakan di Leiden pada 28 Mei 2016 yang lalu. Majlis ini juga merupakan acara gathering beramai-ramai sebelum ramadhan 2016. Terima kasih diucapkan kepada warga Leiden yang telah menguruskan program ini dengan baik.
​
April 18, 2016
MASNL juga aktif dalam aktiviti sukan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama pelajar Malaysia di Netherlands & juga menyuburkan amalan gaya hidup sihat di kalangan ahli MASNL. Antara aktiviti sukan yang diadakan adalah seperti perlawanan bolasepak, futsal & badminton.
April 03, 2016
Gathering & potluck di Kinderdijk, Rotterdam ini telah berlangsung selepas sesi mesyuarat bersama Agro Malaysia yang berlangsung di Rotterdam. Ini merupakan satu program hangout beramai-ramai menikmati pemandangan di sekitar Kinderdijk yang merupakan kawasan kincir angin lama di Netherlands.
​
Kunjungan Hormat ke Kedutaan Malaysia di Netherlands
January 13, 2016
Pada 14 Januari 2016, Majlis Tertinggi MASNL yang telah dilantik bagi sesi 2016/2017 telah mengadakan kunjungan hormat menemui YB Dato Nazri, Duta Besar Malaysia ke Netherlands. Pertemuan berlangsung di Kedutaan Besar Malaysia di Den Haag. Perbincangan lebih 2 jam ini lebih merupakan sesi suaikenal dan perbincangan mengenai program & kerjasama antara MASNL & Kedutaan Malaysia di sini.

August 21, 2015
Majlis sambutan hari raya aidilfitri 2015 yang diadakan di Flevopark, Amsterdam. Sambutan yang cukup meriah daripada warga MASNL terhadap program ini. Kami potluck & BBQ sama-sama. Terima kasih kepada warga Amsterdam kerana menguruskan dengan baik program ini.
​
2016
