top of page

FORUM BICARA ANAK SYURGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami Peduli dan Sayang akan tanah air Malaysia! Justeru, besar hati kami untuk berkongsi pengetahuan dan secebis pengalaman melalui satu forum santai di laman sosial Facebook kami (MAS-NL Malaysian Students' Association in the Netherlands) yang bertajuk:
​
"SISTEM KELAHIRAN DAN ASUHAN ANAK DI BELANDA ANTARA TERBAIK DI DUNIA"
​
Perkongsian ini memberi fokus kepada sistem kelahiran dan bentuk asuhan anak yang disusun dan dipraktik oleh warga Belanda, ia dapat dilihat seperti yang berikut:
​
  • Verloskundige (sebelum lahir)
  • Kraamzorg - (1-2 minggu selepas lahir)
  • Gastouder (pengasuh di rumah)
  • Kinderopvang (pusat asuhan)
  • Peuterspeelzaal (2-4 tahun)
  • Basisschool (4-5 tahun)
​
Senarai nama dan peringkat sistem tersebut menjanjikan keselesaan dan membuahkan keharmonian di samping membuktikan kemajuan negara tempatan. Barisan panelis terdiri daripada rakyat Malaysia di Belanda dan terlibat secara langsung melahirkan dan membesarkan anak-anak di sini. Mereka mengikuti sepenuhnya seluruh sistem yang diterapkan seperti di atas. Dan kami berharap input yang disampaikan akan membuka minda dan menjadi gagasan untuk diaplikasikan oleh pihak berautoriti di Malaysia terhadap sistem asuhan kanak-kanak amnya.
​

© 2023 by San Alora

Proudly created with Wix.com

Follow us for more updates

  • Wix Facebook page

Web updated: Julai 2018

Visitors:

bottom of page