top of page
Pada 30 Januari 2017, bertempat di Aula TU Delft, saudara Mohd Zairul bin Mohd Noor telah berjaya mempertahankan thesis beliau yang bertajuk “flexZhouse: New business model for affordable housing in Malaysia”. Dr Mohd Zairul akan berkhidmat di Universiti Putra Malaysia di Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, Universiti Putra Malaysia. Sekalung tahniah dan ucapan selamat maju jaya diucapkan kepada Dr Mohd Zairul. Semoga terus sukses dalam karier dan kehidupan di Malaysia.
Tahniah sekali lagi daripada kami, seluruh warga MAS-NL di Belanda.
DEFENSE ZAIRUL
bottom of page