top of page
20180512_133309
20180512_151229
20180512_151848
20180512_142839
20180512_143116
20180512_145254
20180512_145418
20180512_151858

Pada 12 Mei 2018 yang lalu, MASNL dengan kerjasama MANL dan pihak kedutaan telah mengadakan lawatan ke bangunan Parlimen Belanda, The Binnehof, The Hague. Seramai 30 orang telah menyertai lawatan ini yang memakan masa selama 1 jam 30 minit. The Binnenhof merupakan kompleks bangunan yang terdiri daripada dewan pertama atau dewan senat (Eerste Kamer), dewan kedua (Tweede Kamer) dan pejabat Perdana Menteri. Lawatan di mulakan dengan siaran filem ringkas, menerangkan sejarah penubuhan bangunan parlimen yang telah dibina pada abad ke-13 lagi. Kesemua peserta kemudiannya di bawa mengunjungi bangunan Ridderzaal atau lebih dikenali sebagai ‘The Knight’s hall’. Setiap hari Selasa ketiga di bulan September, di bangunan ini lah raja Belanda berucap di takhta sempena Prinsjesdag, menandakan secara rasmi bermulanya pembukaan parlimen. Lawatan diteruskan dengan melihat dari luar pejabat rasmi Perdana Menteri Belanda, dikenali sebagai Het Torentje (Little Tower). Lawatan di akhiri dengan kunjungan ke dewan kedua (Tweede Kamer), iaitu dewan yang menempatkan 150 kerusi ahli dewan yang dipilih melalui pilihanraya. Fungsi dewan kedua ini adalah sama seperti kabinet atau dewan rakyat di Malaysia, iaitu membahaskan rang undang-undang. Terima kasih kepada saudara Hosni di atas cetusan idea dan gerak kerja yang dijalankan untuk merealisasikan lawatan ini dengan jayanya!

​

Gambar kredit: Saudara Hosni

LAWATAN KE BINNENHOF

© 2023 by San Alora

Proudly created with Wix.com

Follow us for more updates

  • Wix Facebook page

Web updated: Julai 2018

Visitors:

bottom of page