AGM 2018
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() | ![]() |
Mesyuarat Agung MAS-NL telah berlangsung dengan jayanya di Kedutaan Malaysia Den Haag pada 3 Februari. Mesyuarat ini dihadiri lebih kurang 15 orang ahli MAS-NL. TYT Duta Besar Malaysia ke Belanda, Dato' Ahmad Nazri Yusof juga sudi meluangkan masa beliau untuk turut serta menghadiri AGM MAS-NL kali ini. Saudara Zacaery mempengerusikan AGM diikuti oleh saudari Aimi dengan membentangkan aktiviti dan pencapaian MAS-NL dan pembentangan kewangan oleh saudara Ammar. Sebelum majlis ditutup, pengundian untuk barisan MT MAS-NL yang baharu telah dilakukan. Tahniah diucapkan pada barisan MT MAS-NL yang baharu. Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Keputusan penuh undian:
Pengerusi: Wan Hasbullah Mohd Isa
Naib pengerusi: Tengku Afrizal
Setiausaha: Sholeha Abd Rahim
Naib setiausaha: Dayang Erna Zulaikha
Bendahari: Ahmad Hosni Mubara
Naib bendahari: Khalid